Tips Kurangkan Masalah Habuk Di Rumah
Masalah habuk di rumah bukanlah sesuatu yang luar biasa. Setiap rumah akan menghadapi masalah habuk. Semua ibu bapa sedia maklum bahawa kesan habuk boleh menjejaskan kesihatan anak-anak. Bukan anak-anak sahaja, kesihatan orang dewasa pun boleh terjejas. Habuklah antara punca utama seseorang mengalami masalah selsema dan bersin setiap hari. Paling ditakuti, boleh menjadi punca serangan asma sehingga menghadapi kesukaran bernafas.
Cara Elak Rumah Berhabuk
1. Kurang-kurangkanlah perletakkan hiasan atau peralatan yang boleh memerangkap habuk di rumah.
2. Sila letak alas kaki. Letak satu di luar pintu, tujuannya untuk memerangkap habuk dari luar memasuki ke dalam rumah. Kemudian letak lagi satu alas kaki di dalam rumah untuk memerangkap habuk yang memang tersedia ada.
4. Jika guna sofa fabrik, sila pastikan ianya mempunyai zip supaya sarung boleh ditukar dan dibasuh untuk mengelakkan habuk terus terperangkap.
5. Elakkan penggunaan softener semasa membasuh sarung sofa, alas meja dan langsir untuk mengelakkannya lebih memerangkap habuk.
Info Tambahan
Penggunaan KipasYa betul, tujuan kipas digunakan ialah untuk memberikan rasa nyaman dan selesa. Tapi kipas juga ialah perangkap habuk yang terhebat. Oleh kerana itu, pastikan kipas dibersihkan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.
Jarak Rumah Terlalu Hampir Dengan Jalan
Ini juga antara punca rumah mudah berhabuk. Pastikan pintu dan tingkap yang menghadap jalan sentiasa ditutup. Namun begitu, pastikan pintu dan tingkap di bahagian lain dibuka untuk aliran udara bersih masuk ke dalam rumah.
Dekat Dengan Kawasan Pembinaan
Tak ragu-ragu lagi jika ada pembinaan berhampiran kawasan perumahan, rumah akan jadi lebih mudah berhabuk. Biasanya jumlah habuk yang singgah akan bertambah 2 atau 3 kali ganda berbanding sebelum pembinaan dijalankan.









Comments
Post a Comment